Semasa

AinuI Akhirnya Pulang ke Rumah. Bapa Izinkan Jika Ada Yang Mahu Menjenguk Tapi Dilarang Pegang AinuI

Akhirnya selepas empat bulan mendapatkan rwatan sehingga ke London, England bagi membuang ketvmbuhan dalam mulutnya, AinuI Mardhiah Ahmad Safiuddin yang berusia 13 bulan akhirnya pulang semula ke rumahnya di Taman Ayer Molek di sini semalam.

“ Meskipun pada awalnya dia agak peIik, pandang kiri dan kanan, tetapi tidak lama selepas itu AinuI dapat merasai suasana di dalam rumah.

“ Dia bagaikan mengerti apabila dapat duduk di katilnya sendiri dengan reaksi tersenyum-senyum” kata ibu kepada AinuI Mardhiah Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani Zaidi, 24, menceritakan gelagat anaknya sebaik tiba di kediaman mereka di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka, semalam.

AinuI Mardhiah, 13 bulan, yang sebelum menghdap knser Germ CeII Tvmor terbang ke London pada 25 Mei lalu dan berada di sana selama dua bulan bagi menjalani pembdahan dan mendapatkan rwatan sebelum dibenarkan pulang apabila menunjukkan perubahan positif.

Sebaik tiba di tanah air pada 28 Julai lalu, AinuI ditempatkan terlebih dahulu di Hspital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.

Nurul Erwani berkata, dia dan suami Ahmad Safiuddin Razak, 24, amat bersyukur dan gembira apabila mereka sekeluarga selamat pulang ke rumah sendiri selepas beberapa kali menempuh detik mencem4skan sepanjang anaknya itu menerima rwatan.

Katanya, sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam, AinuI terlebih dahulu dipantau di Hspital Melaka untuk tempoh satu malam.

“ Alhamdulillah, semalam dia tidur lena dan hari ini aktif bermain.

“ Akhirnya kami dapat balik rumah, empat bulan di hspital pelbagai detik dan situasi dilalui. Semestinya saat ini dinantikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurutnya, walaupun sudah dibenarkan pulang, anaknya itu perlu membuat beberapa rwatan susulan setiap bulan bagi memantau tahap kesihatannya selain menjalani fisioterapi.

Katanya, walaupun pembesaran dan pergerakan anaknya tidak seperti bayi seusia lain, banyak perubahan ditunjukkan AinuI yang semakin hari kian aktif.

“ Kalau boleh kami tidak mahu paksa sangat biarlah dia buat apa yang boleh seperti sekarang.

“ Sekarang ini dia sudah pandai pusing badannya sendiri, kenal mainan dan menunjukkan reaksi apabila kita mengambil mainan dipegangnya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun tahap kesihatan dan perkembangan anaknya itu menunjukkan perubahan positif, AinuI perlu memakai alat sokongan pernafasan.

Menurutnya, atas nasihat doktor AinuI perlu dikuarantinkan di rumah kecuali untuk ke hspital memandangkan sistem imunisasinya tidak kuat selain mudah terkena jangktan.

“ Kami tidak menghalang jika ada yang ingin datang menjenguk AinuI, sebaliknya saya amat berharap agar tidak memegangnya.

” Kami tahu ramai yang mengambil berat tentang Ainul Mardhiah dan mahu mendukungnya namun kami harap masyarakat faham, bukan kami menghalang atau sombong tapi kesihatan Ainul Mardhiah perlu menjadi keutamaan.

“ Setiap kali mahu menyentuhnya, kami agak bimbang kerana risau AinuI akan dijgkiti kvman,” katanya yang menyimpan hasrat untuk membawa AinuI menunaikan umrah sebaik anaknya itu sembuh sepenuhnya kelak.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *