Keluarga

Ayah Wasiatkan Abang Harta Jutaan Ringgit Dan Hanya Jaket Lama Untukku. Tapi Apa Yang Aku Jumpa Dalam Poket Jaket Buat Aku Terdiam

Kisah ini bermula sewaktu aku baru dilahirkan di mana nenekku tidak mahu menerimaku hanya kerana aku seorang perempuan.

Dia meminta supaya aku diberi kepada orang lain tetapi ayahku tidak sanggup melakukan perkara sedemikian dan tidak berani untuk membantah nenek kerana pada masa itu kehidupan kami sekeluarga yang miskin. Aku juga mempunyai seorang abang.

Kami tinggal di sebuah perkampungan yang kecil. Disebabkan nenek tidak dapat menerima aku, ibu dan ayah mengambil keputusan untuk menghantarku untuk tinggal bersama di rumah saudara sebelah ayah secara tanpa pengetahuan nenek.

Selang beberapa tahu ayah memulakan bisnes. Ayah mengajak berpindah ke sebuah bandar kecil kerana ayah sudah mampu. Pada masa itu nenek sudah mninggaI dnia dan baru ayah memberanikan diri untuk membawa aku pulang ke rumah.

Ketika itu umur aku sudah mencecah 11 tahun. Abang aku sehingga itu tetap membenci aku dan melemparkan banyak tuduhan seperti aku ingin merampas harta ibu bapaku.

Beberapa tahun lalu ayah tiba-tiba pengsan. Dia dibawa ke hospital dan doktor mendapati ayah menghidap pnykit knser peringkat akhir dan hanya hidup selama 3 bulan. Sebaik mendengar berita itu aku seperti jatuh dari bangunan yang tinggi kerana susah untuk aku menerima kenyataan ini, begitu juga ibu.

Namun ayah sentiasa menenangkan aku dengan menyatakan dia tetap akan mninggaI dnia apabila tua kelak. Aku berasa begitu sedih dan bersalah kerana merasakan belum cukup membalas jasanya selama ini.

Selepas itu aku ambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mahu menjaga ayah di rumah memandangkan ibu juga sudah uzur. Saat di rumah ibu bapaku itu, abang melempar segala tuduhan kononnya aku hanya berpura-pura menjadi baik kerana ingin membolot segala harta ibu bapaku.

Suatu hari kami bertengkar disebabkan aku tidak dapat menahan perbuatannya dan memarahinya. Ayah mendengar tentang perbalahan itu dan meleraikannya. Selepas dari kejadian itu abang tidak pernah pulang ke rumah walaupun semasa ayah mninggaI dnia.

Kini ayah sudah mninggaI dnia selama 2 bulan. Suatu hari ibu menelefon dan meminta aku pulang ke rumah. Aku hanya terfikir jika terdapat perkara buruk berlaku di situ.

Sebaik sampai di rumah, ibu mengeluarkan sebuah kotak dan memberitahu hanya barang ini sahajalah peninggalan ayah buat diriku. Sementara ibu memberitahu abangku mendapat wasiat wang, perniagaan dan harta peninggalan lain berjumlah jutaan ringgit.

Aku tidak persoalkan hal tersebut kerana tidak mahu melukai hati ibu. Aku mengambil kotak itu dan membawa pulang ke pejabat. Di pejabat aku membuka kotak itu dan aku terkejut apabila melihat terdapat sebuah jaket lama yang selalu ayah pakai.

Aku keluarkan jaket itu dan cuba untuk memakainya. Semasa aku memasukkan tangan ke dalam poket aku menjumpai penyata akaun bank di dalamnya. Dalam penyata itu terdapat baki berjumlah 3 juta ringgit di dalam akaun simpanan ayah.

Aku hubungi ibu untuk pengesahan dan ternyata ayah meninggalkan semuanya diwasiatkan kepada aku. Terima kasih atas segalanya ayah, akan aku gunakan untuk tujuan wakaf dan sedekah dan diniatkan atas namamu ayah. Alfatihah..

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : sehinggit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *