Hiburan

Suka Nyanyi Tapi Takleh Jadi Penyanyi, Nana Mahazan Sedar Diri Suara Dia Tak Sedap Mana Pun

Nana Mahazan merupakan seorang pelakon, pengacara televisyen dan penyanyi wanita Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim Pertama pada tahun 2003.

Namun dikala ramai rakan-rakan seangkatannya atau lulus program realiti tersebut kini berjaya bergelar penyanyi, namun kerjaya Nana sebagai penyanyi seakan terbantut.

Pengacara yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim 1 (AF1), Nana Mahazan mengakui suaranya tidak sedap untuk meneruskan kemaraan dalam bidang nyanyian.

Kata Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, 36, dia terpaksa melupakan hasrat bergelar penyanyi kerana sedar diri.

“ Tidak ramai yang tahu, saya suka menyanyi tapi tidaklah sedap mana pun.

“ Saya faham, saya terima dan bergerak ke hadapan. Pun begitu, nyanyian akan tetap menjadi hobi saya,” katanya menerusi satu status di Instagram sambil berkongsi sedutan video tentang hal itu dalam rancangan The Sherry Show.

Menurutnya lagu, dia seronok melibatkan diri dalam bidang pengacaraan buat masa sekarang.

“ Saya seronok buat kerja saya sekarang. Bercakap walaupun tidak pernah menang apa-apa anugerah lagi, saya tetap bersyukur sebab saya masih lagi diterima.

“ Saya selalu memberikan yang terbaik walaupun saya tahu tidak semua orang suka cara penyampaian saya. Tapi, saya mencuba,” kata Nana yang pernah muncul dengan single berjudul Katakan selepas tamat AF1.

Berikut adalah status yang dimuat Nana

” Not many yg tahu, saya suka nyanyi.. Tapi tak lah sedap mana pon.. xleh jadi penyanyi pun.. saya paham, saya terima dan saya move forward.

” But singing will always be my hobby.. tapi tak jugak.. sbb now hobby lain kot ye.. hahahaha.. saya seronok buat kerja saya sekarang. Bercakap. Talk. Walaupun xpernah menang pape award saya tetap bersyukur sbb saya masih lagi diterima (sbb ade gak lah production yg nk bg job kan).

” Being Nana Mahazan, saya komited.. saya selalu berikan sehabis baik. Walaupun saya tahu tak semua org suka cara penyampaian saya.. but hey, saya cuba.. .

” Macam abah pesan, “na, kalau dalam 10 org, yg suka kita 1-2 org pun dah ok kan?” Aah.. setiap org tu dia special.. semua ade kelebihan dan kekurangan.. apa2 pun, buat org happy pun antara kegembiraan saya..

” Terima kasih korang yg follow saya, yang selalu ada.. saya doakan semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.. sama sama kita perbaiki diri dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

” Ok skang tag kawan korang yg tak sedar diri dan sedar diri”, tulis Nana

Sekilas info tentang Nana Mahazan

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato’ Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Beliau telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *