Semasa

Yazid Search KritikaI Dan Dimasukkan ke lCU, Anak Perempuan Beritahu lni Yang Berlaku

Umum mengetahui bekas pemain drum kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad sebelum ini menghadapi masalah kesihatan apabila beberapa kali dimasukkan ke hspital.

Terkini, pemain drum terkenal itu kini berada dalam keadaan kritikaI akibat kecderaan otak yang berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Dia kini dipantau di unit rawatan rapi (lCU) Hspital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut anak bongsunya, Sheeqa Yazid, 28, Yazid dikejarkan ke hspital kira-kira pukul 3.30 pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas.

“ Ya betul, keadaan ayah sedang kritikaI dan sekarang dia berada dalam lCU.

“ Ayah mengalami brain damage sebab tak ada oksigen dalam badan. Doktor beritahu sekalipun ayah selamat, dia terpaksa bergantung pada mesin hayat.

“Pagi semalam ayah kejut ibu kira-kira pukul 3.30 pagi dan beritahu dia tidak boleh bernafas.

Yazit bersama isterinya, Ramlah Ahmad.

“ Ketika itu ayah berpeluh-peluh. Masa on the way ke HKL, ayah tidak bernafas dan nadi sudah berhenti dalam 10 minit,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Sheeqa, keluarganya sedang bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku atas keadaan bapanya yang sedang nazak.

“ Doktor juga beritahu yang ayah terkena jangkitan kuman paru-paru.

“ Ketika ini kami sekeluarga dinasihatkan untuk bersedia kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“ Memang sejujurnya kami tidak bersedia untuk kehilangan ayah tapi kalau sudah takdir, kami reda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sheeqa memberitahu beberapa rakan artis seperti Awie, Black dan Shah Slam hadir bagi menziarahi bapanya itu.

Selain itu kata Sheeqa, dia meminta kepada rakan artis lain yang pernah rapat dengan bapanya itu untuk terbuka hati menziarahinya.

“ Sejujurnya ayah memang sudah lama tidak menghubungi anggota kumpulannya.

“ Tetapi saya berharap dengan berita ini mereka terbuka hati untuk datang menziarahi,” katanya.

Berita tentang masalah yang ditanggung oleh Yazit Ahmad mula mendapat perhatian ramai apabila kisah keperitan hidup beliau didedahkan beberapa tahun lalu.

Pada Januari 218, Yazit Ahmad telah memberitahu hidupnya kini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“ Sejak saya sakit, saya tidak ada pendapatan tetap. Cuma sejak akhir-akhir inilah baru saya rasa kuat untuk bergerak sikit. Dengan kekuatan itulah saya mencari rezeki.

” Antaranya sekarang saya berniaga secara online. Ada jual barang-barangan kraftangan dan makanan. Bolehlah untuk cari rezeki sikit-sikit,” ujarnya.

Tambah Yazit, dia sedar orang lain tidak boleh membantu beliau untuk selama-lamanya.

Oleh itu, prinsipnya kini adalah tidak meminta, namun jika ada yang mahu memberi secara ikhlas, beliau tidak menolak.

” Orang dah tak boleh selalu tolong kita. Kena buat sendiri, kerja sendiri,” katanya.

Yazit yang kini berumur 55 tahun turut memberitahu yang beliau masih lagi menjalani rawatan sakit buah pinggang selain menghidapi asma.

“ Ya, saya masih teruskan rawatan dialisis dan tiga bulan sekali jumpa doktor. Dah jadi rutin harian hidup.

“Jadi, kos untuk rawatan dan ubat-ubatan saya perlukan lebih kurang RM3,000 sebulan. Saya juga ada dapat bantuan dari Baitulmal iaitu sebanyak RM250 sebulan,” jelas Yazit yang dipetik berkata pada Januari 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *