Hiburan

Netizen Tegur Sesuatu Dekat Mimi Lana Yang Buatkan Dia Rimas

Demi mahu kelihatan seperti seorang yang kurus, lesu dan tidak bermaya, pelakon Mimi Lana terpaksa menurunkan berat badan sehingga 43 kilogram.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, berkata, proses penurunan berat badan sebanyak enam kilogram daripada 49 kilogram berjaya dilakukan dalam masa enam minggu. Semuanya dilakukan Mimi bagi menghidupkan watak bernama dalam filem Pusaka.

Akibat perubahan bentuk badan itu, Mimi berkata dia kurang selesa apabila kerap ditegur netizen bahawa dia kelihatan cengkung hingga kelihatan urat pada tangan.

“Apabila orang cakap saya kurus, saya tiada masalah kerana memang kurus. Saya buat kerja demi karakter yang akan saya lakonkan. Tetapi saya ada masalah dengan beberapa netizen yang seperti tidak betul dan skit hati melihat tubuh badan saya.

“Komen seperti ‘kenapa kamu kurus sangat, tolonglah’ membuatkan saya rasa pelik. Sesetengah netizen kelihatan bersungguh-sungguh seperti merayu apabila menegur mengenai berat badan saya,” katanya kepada mStar.

Mimi ditemui di majlis pelancaran filem Pusaka di Restoran Subak, Sungai Pechala pada Khamis. Menerusi filem Pusaka, Mimi membawa karakter Nur iaitu kembar tidak seiras kepada Nuar lakonan Syafiq Kyle.

Filem ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid. Selain Syafiq dan Mimi, filem yang bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Ini Jawapan Tuan Empunya Badan Bila Netizen Body Shaming Mimi Lana Kerana Terlalu Kurus

Menerusi laman sosial Instagram, Mimi berkongsi sebuah foto bersantai selepas bersenam di gimnasium. Dalam foto tersebut, jelas menunjukkan lengan Mimi yang berurat-urat kesan daripada bersenam dan ia nampaknya menarik perhatian netizen.

“Release my inner beast,” tulis Mimi sebagai kapsyen.

Rata-rata netizen memuji tangan Mimi yang kelihatan gagah berotot dan mendoakan dia sentiasa sihat. Namun bukan sahaja menerima pujian, foto tersebut nampaknya menerima kritikan netizen apabila ada yang mempersoalkan fizikal Mimi kerana terlalu kurus.

“Lepas ni harap Mimi berisi sikit. Kurus sangat tak cantiklah,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Malah, ada seorang netizen yang memberikan pendapat bahawa kaum adam juga sukakan wanita yang sedikit berisi.

“Kurus kering sangat takde apa nak pegang. Please grow the booty.”

Menjawab kenyataan daripada netizen itu, Mimi dengan selamba menjawab komen itu dengan membalas; “baiklah makcik.” Menyedari ksilapannya dalam mempersendakan fizikal pelakon itu, netizen terbabit segera memohon maaf dan berharap Mimi tidak mengambil hati terhadap komennya.

Sedikit info, Mimi mula aktif sebagai pelakon bermula pada tahun 2013 dan kini dia mempunyai hampir 520,000 pengikut di laman Instagram.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak, mstar dan ig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *