Hiburan

Baby Shima Terkena Badi Lagu Baru Hingga Saket

Penyanyi Baby Shima berkongsi rasa aneh apabila secara kebetulan, dia jatoh saket pada hari pelancaran single terbarunya yang berjudul Saket.

Menurut Shima, dia tidak percaya lagu tersebut ‘bnyawa’ hingga menyebabkan dirinya saket namun menganggap ia hanya kebetulan sahaja.

“Semua berlaku secara kebetulan.. tapi aneh bagi Shima.. Baru hari ni release lagu judulnya SAKET di YouTube Nagaswara Official.. tapi Shima jatoh saket juga pada hari inj.

“Orang cakap setiap lagu bernyawa? Benarkah? Tapi Shima tak percaya benda-benda macam tu.. Mungkin saket hanya kebetulan pada hari yang sama Shima jatoh saket..,” tulisnya.

Bekas peserta Big Stage musim pertama itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Shima memuat naik fotonya yang terbaring di atas katil hspitaI.

Shima bagaimana pun meminta maaf kerana tidak dapat melakukan promosi ke atas lagu baru tersebut dan berharap agar dia segera sembuh.

“Doakan Shima cepat sembuh. Maaf harini Shima tak dapat promo lagu saket. Please support lagu saket, komen dan bantu share,” katanya lagi. Entri tersebut turut mendapat perhatian peminat dan pengikutnya yang turut mendoakan agar dia segera sembuh.

“tdk syirik pun. Tpy ucapan adalah satu doa. Bkn nyanyian itu satu ucapan ttpy d alun kn supaya sedap d dgr..”

“Semoga cepat sembuh, sayang…jangan lupa makan obat tau… Jangan skip makan minum tu walaupun busy keje ok…nak dtg melawat jauh, kita bagi bunga ni je yg mampu..get well soon babyshimaofficial keep Strong!!”

“Ya allah…Be strong baby shima baru saja saya mendengar lagu baby..Semoga babyshimaofficial cepat sembuh dan kembali menyanyi seperti biasa…Jgn stress2 k..”

“Spe yg suruh shima saket?bagi tahu skrg ,nanti sye mrah dia!!Saket tu ujian n saket tu pghapos dosa..get well soon..”

Baby Shima membina kerjayanya seni suaranya di negara seberang Indonesia sebagai penyanyi dangdut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak dan ig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *