Uncategorized

Rumahtangga Aliff Syukri dan isteri sedang diuji

Instagram merupakan satu medan untuk setiap selebriti berkongsi kehidupan kepada para pengikut mereka. Jadi, jika ada posting terbaru mengenai kehidupan peribadi mereka, sudah tentu menarik perhatian setiap netizen.

Jika kita mengikuti perkembangan Instagram pengasas kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Abdul Rashid, sudah tentu dapat melihat perubahan di setiap muat naik mereka.

Seakan ada yang tidak kena dengan mereka berdua apabila kerap meluahkan rasa sedi1h dan tiada gambar bersama sekeluarga sejak kebelakangan ini.

Mereka juga dilihat seakan sibuk dengan hal masing-masing dan lebih tertumpu kepada anak-anak. Menguatkan lagi khabar angin mengatakan mereka mengalami masalah rumah tangga adalah posting daripada ibu Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim di Instagramnya.


Menurut Bonda Rozita, anak lelakinya itu menyatakan bahawa memara@hi isteri kerana dikatakan banyak ragam menadangkan sedang hamil hanya disebabkan keengganan melakukan pengambaran bagi saluran YouTubenya.

Malam tadi Kri ajak saya shooting “oh abg kosmetik”.. Dia ma@rah dgn Ida sebab Ida banyak tingkah ( saya faham dia sarat & tersinggung dgn Kri) Sbb Ida taj nk shooting.Saya kata dgn Kri, jgn buat hal cari pasal biarkan Ida yg tgh sarat mengandung.. Tlg hormati dia..”


Sehubungan dengan muat naik yang dibuat oleh Bonda Rozita, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan wanita lewat 50-an itu.

Walaupun ada yang tertanya-tanya mengenai apa yang berlaku antara pengasas kosmetik tersebut dengan isterinya, namun mereka tetap mendoakan agar rumah tangga pasangan tersebut kembali utuh dan berbaik semula demi kebahagiaan masing-masing.

Moga Dato dengar kata bonda

Semoga jodoh Dato’ dan Datin berkekalan

Isteri Bongkar Perkara Tentang Aliff Syukri

Sebelum ini, pelantun Abang Nak Tegur 2.0 ini sering diasak kritikan netizen yang mengasihaninya kerana beroleh seorang suami ‘g1ila glamor’.

Menjawab cemuhan itu, bekas anggota kumpulan nasyid Solehah ini mempunyai sebab tersendiri untuk terus kekal setia di samping Aliff yang juga ahli perniagaan terkemuka itu.

“Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.

“Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.

“Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.

“Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali masakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.

“Jujur saya katakan, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Biarpun begitu, Shahida akui suaminya seorang yang bersuara lantang ketika naik ang1in, walaupun kerenah itu tidak berlarutan lama.

“Sepanjang hidup saya bersama dia, apa yang boleh saya simpulkan dia memang mulut cabul, tapi kalau marah dia cuma 5 minit kemudian sudah reda,” kata Shahida yang sedang hamil enam bulan.

Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu percutian sempena meraikan keluarga, kaki tangan dan stokis terbaik d’Herbs Terlajak Laris, di Lombok, Indonesia.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007,

p/s: Sama-sama doakan semoga apa jua yang berlaku dalam rumah tangga mereka dapat diselesiakan dengan baik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak dalam hubungan suami isteri

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : Bonda Rozita Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *