Uncategorized

Erra Fazira terkejut Shahir terima ‘lamarannya’

PENAMPILAN penyanyi Shahir Zawawi dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Menangkah Cinta bukan untuk dijadikan sebagai gimik murahan.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, pemilihan Shahir dibuat selepas perbincangan dan kata sepakat semua pihak.

Malah, pada awalnya Erra mendedahkan dia memilih vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie memandangkan mereka mempunyai projek khas pada tahun hadapan.

Erra dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa.

“Saya dan semua team nak cari model untuk video klip itu yang sudah dikenali. Jadi, ada beberapa nama dicalonkan seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.

“Tapi nama Shahir terpilih selepas mendapat kata sepakat, bukan atas persetujuan saya seorang. Bukan strategi yang dirancang untuk dijadikan gimik murahan.

“Kalau ikutkan, saya memang nak Awie sebab tahun hadapan kami ada projek istimewa bersama tapi jadualnya tidak sesuai,” katanya kepada mStar.

Erra ditemui ketika sidang media bersama Erra Fazira ‘Menangkah Cinta’ di New World Petaling Jaya Hotel, Kelana Jaya, pada Rabu.

Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.
Video muzik yang menampilkan Shahir sebagai pelakon utama akan dilancarkan di saluran Youtube pada pukul 8 malam, Rabu.

Sebelum ini, Erra mendedahkan hubungan dia dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sudah berakhir sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, mereka masih mempunyai hubungan baik dan dia reda apabila rancangan untuk berumah tangga dengan penyanyi itu tidak kesampaian.

Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita ini memberitahu dia terkejut apabila Shahir menerima ‘lamarannya’ untuk muncul dalam video muzik itu.

Erra tampil dengan single terbaharu berjudul Menangkah Cinta.

Pada mulanya Shahir menolak disebabkan mempunyai komitmen lain dan pelakon Ungku Ismail menjadi pilihan namun perubahan berlaku pada saat akhir.

“Ikutkan awalnya, Shahir menolak sebab ada komitmen lain dan Ungku Ismail pula setuju nak bekerjasama dengan kami.

“Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

“Saya takut nak ajak dan jangkaan saya, Shahir tidak mahu tapi terkejut pula apabila dia terima pelawaan saya,” ujarnya.

Erra Fazira sebelum ini, reda hubungan cinta dengan Shahir berakhir

PELAKON Erra Fazira mendedahkan hubungan dia dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari lalu.

Menurut laporan Utusan Online, Erra memberitahu dia dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa dan reda apa yang berlaku biarpun pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin.

“Kami dan ‘move on’ dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik dan kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

Erra reda tiada jodoh antara dia dan Shahir.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, sebelum ini mengaku berkawan baik dengan Shahir sejak empat tahun lalu.

Penyanyi lagu Pasrah ini bagaimanapun enggan menjelaskan punca di sebalik perpisahan itu dan reda dengan aturan yang telah ditentukan Allah.

Erra dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa.

Dalam pada itu, Erra mengakui dia tidak berasa sedih dengan apa yang berlaku pada hubungannya dan hanya menganggap jodoh antara mereka sudah tiada.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh tiada,” ujarnya.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *