Islamik Keluarga Viral

Mahu Anak-Anak Jadi Yang Terbaik

“Alhamdulillah rezeki Allah bagi”, itu luahan syukur usahawan Datin Seri Shahida apabila dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Mengimbau kembali saat berbadan dua,Shahida memuat naik gambar kelima-lima kandungannya dari anak sulung hingga kini.

“5 gambar saya dari pregnant anak pertama sampai ke 5….sedar x sedar dah 5 anak saya ….Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

“Amanah Allah yg perlu saya jaga dan pastikan mereka jadi insan yg terbaik di dunia dan akhirat.

“Saya happy dan bahgia Allah bagi rezeki anak ramai..Allah tu kan x pernah salah percaturanNya,” tulisnya.

Malah, Shahida yakin bahawa perasaan setiap insan bergelar ibu pasti akan ‘hilang’ rasa kesakitan selepas selamat melahirkan zuriat.


“Dari umur 23 tahun (2008) start hamil anak pertama sampai lah umur 34 tahun (2019).

“Kalau sakit bersalin tu mmg sakit,tapi kan bila tgk je muka anak hilang terus kesakitan melahirkan….betul x ?,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2007.

Hasil perkongsian hidup,mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 1 tahun.

Shahida kini sedang hamil anak kelima yang kini berusia tujuh bulan.

Aliff Syukri Luah Perasaan di IG, DS Shahida Bidas Balik Di Ruang Komen

Luahan di entri terbaru bersama paparan foto tanpa si isteri, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya kini mengalami kesulitan.

Kata-kata pertama yang tersiar menyatakan Datin Seri Shahida seakan tidak menghargai penat lelah yang dilakukannya demi keluarga, namun diolah semula menjelaskan ada kalanya lebih baik sendiri namun bahagia.

“Merekalah segalanya…Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia,” tulisnya.

Datin Shahida bagaimanapun memberi reaksi di ruang komen mempersoal tindakan Aliff mengolah kembali kapsyen yang ditulis.

“Kenapa edit caption? biarlah 1 malaysia baca,” tulis wanita itu.

Netizen turut memberikan reaksi yang rata-rata terkesan dengan pertelingkahan pasangan ini.

Malah kebanyakannya juga tidak bersetuju dengan luahan yang dibuat usahawan kosmetik itu.


Terdahulu, penyanyi Bobo Di Mana ini turut memuat naik entri mempersoal mengapa bahagia terlalu mahal untuk dimiliki.

“Knp bahgia itu terlalu mahal utk di miliki??

“Hidup ini.. mcm kaca. Saat terpecah, boleh di baiki…tpi masih nmpak retaknya.. doakan yg terbaik..

“(souncheck belum real dan auto tune) Lagu ini abang tuliskan iklas daripada isi hati abang..Macam mana korang dapat rasa tak apa yang abang rasa??dan ada tak penambah baikan suara abang kalau korang rasa suara abang sedap daripada yang sebelum ini cuba korang komen di ruangan komen di bawahdan tag kawan korang yg lagi disakiti… comingsoon ” by @datuentertainment,” jelasnya.


Foto : Instagram DS Aliff Syukri

Rumahtangga Aliff Syukri dan isteri sedang diuji

Jika kita mengikuti perkembangan Instagram pengasas kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Abdul Rashid, sudah tentu dapat melihat perubahan di setiap muat naik mereka.

Seakan ada yang tidak kena dengan mereka berdua apabila kerap meluahkan rasa sedi1h dan tiada gambar bersama sekeluarga sejak kebelakangan ini.

Mereka juga dilihat seakan sibuk dengan hal masing-masing dan lebih tertumpu kepada anak-anak. Menguatkan lagi khabar angin mengatakan mereka mengalami masalah rumah tangga adalah posting daripada ibu Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim di Instagramnya.

Menurut Bonda Rozita, anak lelakinya itu menyatakan bahawa memara@hi isteri kerana dikatakan banyak ragam menadangkan sedang hamil hanya disebabkan keengganan melakukan pengambaran bagi saluran YouTubenya.

Malam tadi Kri ajak saya shooting “oh abg kosmetik”.. Dia ma@rah dgn Ida sebab Ida banyak tingkah ( saya faham dia sarat & tersinggung dgn Kri) Sbb Ida taj nk shooting.Saya kata dgn Kri, jgn buat hal cari pasal biarkan Ida yg tgh sarat mengandung.. Tlg hormati dia..”

Sehubungan dengan muat naik yang dibuat oleh Bonda Rozita, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan wanita lewat 50-an itu.

Walaupun ada yang tertanya-tanya mengenai apa yang berlaku antara pengasas kosmetik tersebut dengan isterinya, namun mereka tetap mendoakan agar rumah tangga pasangan tersebut kembali utuh dan berbaik semula demi kebahagiaan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *