Viral

Keputusan mena4matkan Fizo Mawar Kitchen adalah muktamad

Membuat keputusan untuk menamatkan operasi perniagaan restoran yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim, Fizo Omar menerusi Instagram terharu dengan respon netizen.

Kebanyakannya rasa kec3ewa dengan keputusan tersebut dan mengharapkan atau ia kekal diteruskan.

Jelasnya, demi menjaga kepentingan kedua belah pihak, mena@matkan Fizo Mawar Kitchen adalah muktamad, namun dia berbesar hati menawarkan kepada individu yang berminat mengambil alih perniagaan tersebut.

“Berkaitan Fizo Mawar Restoren, selepas kami membuat pengumuman untuk menutup operasi pada 27 Oktober ini, rata-rata komen membuatkan saya terfikir sesuatu dan tergerak hati memandangkan kami membuat keputusan menamatkan operasi adalah muktamad.

“Apabila saya membaca komen, rata-rata meminta kami rebranding dan meneruskan perniagaan. Namun saya menghormati keputusan kedua-dua belah pihak.

“Komen yang membuatkan saya tersentuh hati apabila netizen mengatakan di mana mereka boleh menikmati tomyam, daging bakar. Resepi yang digunakan di FMK adalah resepi yang saya pelajari sendiri di Thailand dan Phuket.

“Begitu juga dengan saya, apabila suka dengan sesuatu restoran, saya akan berulang makan di sana. Jadi saya letakkan diri di tempat pelanggan.

Tawaran Istimewa

“Jadi saya menawarkan sesiapa yang ingin mengambil alih FMK menggunakan nama baru. Saya akan menurunkan resepi kepada pengurusan yang baru. Saya memikirkan pelanggan.

“Sesiapa yang berminat boleh mesej saya secara peribadi secepat mungkin.

“Saya harap pengumuman ini menggembirakan terutama kepada pelanggan setia.

“Saya harap pengurusan baru boleh meneruskan perniagaan ini menggunakan menu, resepi yang sama dan menyambung rezeki,” jelasnya panjang lebar.

Keputusan yang diambil nyata memberi pelbagai reaksi yang rata-rata gembira dengan kenyataan tersebut.

Sebelum ini Fizo, Mawar Karim sepakat ambil keputusan ini untuk Fizomawar Kitchen

PELAKON Fizo Omar mengesahkan restoran Fizomawar Kitchen (FMK) yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim akan menam@atkan operasi pada hujung bulan ini.

Menurut Fizo, 34, keputusan itu dicapai setelah mereka mengadakan perbincangan dan penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berp1isah.

“Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini… setelah berfikir dan berbincang bersama Mawar, kami bersetuju untuk tama@tkan operasi Fizomawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

“Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami.

Fizo berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja di FMK.

“Setelah empat tahun, lebih 300,000 pelanggan yang datang ke restoran kami dan FMK berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja. Saya nak beritahu FMK akan mena@matkan operasi pada 27 Oktober ini,” katanya.

Pelakon drama Adellea Sofea ini berkongsi rasa sedih tersebut menerusi laman Youtube miliknya pada Jumaat.

Terdahulu, Fizo dan Mawar Abdul Karim berc3erai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Foto : Instagram Fizo Omar via media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *