Hiburan

Sampai Melompat Aishah Azman Bila Ditanya Perasaan Selepas Putus Tunang Dengan Syafie Nawip

Pelakon Aishah Azman berkata dia kini menjalani kehidupan yang lebih bahagia selepas melalui konflik putus tunang dengan pelakon Syafie Naswip Julai lalu.

Tambah Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, dia juga sudah ‘move on’ dan enggan mengenang kembali pengalaman hitam yang dilaluinya sebelum ini.

Ditanya apakah perkembangan terkini dan perasaannya selepas putus tunang, Aishah dilihat langsung tidak terkesan dengan episod duka itu malah beliau kelihatan begitu gembira.

“ Alhamdulillah I’m so happy! Saya sangat gembira, kehidupan lebih baik… rasa lebih lega.

“ Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata Aishah kepada mStar.

Untuk rekod, Aishah dan Syafie melangsungkan pertunangan pada 7 April lalu selepas saling mengenali sejak 2015.

Namun ikatan pertunangan mereka terlerai pada 21 Julai selepas berlaku insiden tidak diingini apabila Syafie didakwa mencderakan Aishah.

Pelakon yang terkenal dengan filem Mukhsin itu turut ditahan polis bagi membantu siasatan atas atas dakwaan ugut dan mendatangkan kecederaan.

Dugaan berat dilalui sewaktu fasa pascaputus tunang banyak mengajar Aishah Azman agar bersikap peduli terhadap hati budi mana-mana lelaki yang ingin mendampinginya selepas ini.

Aktres itu berkata, kontroversi menghimpitnya sebelum ini menyebabkan dia tidak lagi mahu mengambil keputusan terburu-buru terutama apabila membabitkan masa depan bersama lelaki yang bernama suami.

“ Pengalaman itu banyak beri pengajaran buat saya. Sejak tu saya selalu ingatkan diri untuk tak mudah percayakan seseorang hanya berdasarkan sikap luarannya.

“ Saya tak wajar buat keputusan terlalu cepat untuk bertunang dan menerima seseorang dalam hidup,” katanya.
Iklan

Aishah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Syafie Naswip pada 7 April lalu dan mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

Namun ikatan dibina selama tiga bulan itu terlerai susulan beberapa masalah dalaman, antaranya membabitkan kes ugutan dan mendatangkan kecderaan berlaku pada 26 Jun lalu.

Mengulas lanjut, pemilik nama penuh Nor Aishah Afika Azman Shah itu berkata, dia sebelum ini memang mudah memberikan kepercayaan kepada orang lain sehingga tanpa disangka memakan diri sendiri.

“ Mungkin saya melihat seseorang itu melayan dengan baik dan mudah percaya.

“ Sepatutnya tak perlu pandang semua tu tapi kena kenal betul-betul dulu terutama menyiasat cara kehidupannya,” katanya.

Namun, adik aktor Afiq Muiz itu berkata, dia mengambil sisi positif daripada setiap perkara yang berlaku dan beranggapan ia pengalaman yang mematangkan.

“ Saya bersyukur dan lega dengan apa berlaku. Semestinya selepas ni saya akan lebih berhati-hati. Harap akan jadi lebih baik tahun akan datang,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro dan malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *