Hiburan Semasa

Bot Terbelah Dua, Pengarah Filem Yang Juga Anak Seniwati Terkenal Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas

” Mohon doakan semoga anak Seniwati Fauziah Nawi , selamat dan dijumpai dengan kadar segera. Sutradara Pit Haniff yang juga merupakan suami kepada aktress Farah Ahmad yang keluar memancing, didapati botnya telah terbelah dua. Misi pencarian sedang dijalankan. Mohon semua, tolong doakan yg terbaik buat Mohd Firdaus Mohd Hanif.”

Demikian status perkongsian awal yang dikongsi di facebook tentang kehilangan Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi yang dikhuatiri Iemas.

“ Saya minta maaf, saya tak tahu nak cakap apa lagi, tolonglah,” kata pelakon, Fauziah Nawi, 66, mengenai anak lelakinya yang juga pengarah filem, Pitt Hanif, 40, yang dikhuatiri Iemas ketika memancing di Sungai Mela, Jerantut, Pahang, hari ini.

” Saya terima sahaja qada dan qadar Tuhan. Moga segala urusan untuk mencarinya dipermudahkan”.

Demikian luahan pelakon terkenal, Fauziah Nawi, berhubung kehilangan anaknya, Pitt Hanif, yang dikhuatiri Iemas apabila bot dinaikinya bersama seorang teman di Sungai Mela, Jerantut, Pahang, karam, hari ini.

Ketika kjadian, Pitt atau Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 40, dikatakan pergi memancing bersama seorang teman.

Mengakui terkejut dengan berita diterimanya sekitar jam 2 petang itu, beliau memberitahu hanya menantunya yang bergegas ke lokasi kjadian sebaik mendapat perkhabaran buruk itu.

” Saya tak dapat pergi bersama kerana terpaksa menunggu di rumah. Selain itu, keadaan kesihatan saya juga kurang mengizinkan.

” Harapan saya semoga semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” katanya dalam nada sebak ketika dihubungi BH Online.

Kjadian menyayat hati itu turut dikongsi pelakon veteran terbabit berserta beberapa foto berkaitan insiiden berkenaan di laman Facebooknya, sebentar tadi.

” Anak saya, Pitt Hanif, ditimpa musib4h. Moga dipermudahkan,” tulisnya.

Ketika ini, operasi untuk mencari mngsa giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Fauziah ketika dihubungi Harian Metro tidak dapat memberi penjelasan lanjut kerana masih dalam keadaan tertekan dan terkejut selepas dimaklumkan kjadian berkenaan.

Sementara itu, pengarah filem, Hashim Rejab berkata, kjadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas Pitt menamatkan penggambaran filem Coast Guard di kawasan berdekatan.

Katanya, Pitt dan seorang jurukamera melakukan aktiviti riadah pada jam 9 pagi dengan menaiki sebuah bot.

“ Sewaktu melakukan aktiviti terbabit, bot yang dinaiki tiba-tiba terbalik menyebabkan mereka terjatuh ke dalam sungai. Kjadian itu mengejutkan semua sebelum panggilan dibuat kepada pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu seorang kru produksi berkata, jurukamera berusia 38 tahun itu sudah ditemui, namun usaha mencari Pitt sedang dilakukan sehingga kini.

“ Buat masa ini Pitt belum dapat dijumpai dan kami mengharapkan perkembangan positif,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *