Hiburan Semasa

Anak Fauziah Nawi Cuba Selamatkan Diri Dengan Berenang Tapi Tuhan Lebih Sayangkan Dia

Pengarah filem Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 atau Pitt Hanif dikatakan cuba berenang selepas bot yang dinaiki terbalik ketika memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang, semalam.

Seorang kru produksi filem Coast Guard berkata, kejadian jam 11 pagi itu disaksikan isteri jurukamera Sham Mokhtar, 38.

Terdahulu katanya, Pitt dan Sham menaiki sebuah bot untuk memancing selepas mereka menamatkan

” Ketika melakukan aktiviti berkenaan (memancing), bot yang dinaiki dipercayai melanggar tiang sebuah jambatan menyebabkannya terbalik dan terbelah dua.

” Sebaik terjatuh, Sham dapat berenang ke tepi tebing (untuk menyelamatkan diri) namun sebaliknya berlaku terhadap Pitt,” katanya.

Kata kru produksi terbabit, Pitt cuba berenang namun dibawa arus deras hingga menenggelamkannya.

Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua mereka dipercayai tidak memakai jaket keselamatan.

Menurutnya lagi, Pitt yang juga anak kepada pelakon terkenal Fauziah Nawi sememangnya kaki pancing dan pernah mengikuti latihan berenang.

Dalam kejadian jam 11 pagi, jurukamera yang juga Pengarah Fotografi filem itu dapat menyelamatkan diri namun Pitt gagal.

Dalam pada itu isteri arwh iaitu Farah berkata, dia sedikit terkilan kerana sudah lebih dua bulan tidak berjumpa suaminya disebabkan kesibukan tugas masing-masing dalam bidang seni.

“ Walaupun sedih, saya reda dan syukur suami pergi dalam keadaan syahid kerana sedang bekerja mencari rezeki dan nafkah untuk kami sekeluarga.

“ Ketika saya reda semua orang tahu saya sedih dengan pemergiannya. Sebelum ini (sebelum myt dijumpai) saya dan anak-anak sentiasa berdoa ada keajaiban dalam operasi mencarinya.

“ Masa sama saya beritahu anak-anak kena terima ketentuan Allah SWT dengan apa yang ditakdirkan.”

Itu kata Farah Ahmad, 42, isteri kepada pengarah drama dan filem Firdaus Hanif, 43, yang ditemui Iemas ketika sedang memancing dekat Jambatan Gemenchur di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis semalam.

Farah yang juga pelakon drama berkata, sebelum ini dia dan suami yang dikenali Pitt Hanif merancang untuk bercuti bersama namun tidak dapat direalisasikan.

Katanya, dia bersama tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan kru produksi.

“ Saya dapat panggilan telefon daripada kru produksi dan terus ke lokasi petang semalam.

“ Arwh tidak memaklumkan mahu keluar memancing pada kali terakhir dia menghantar pesanan menerusi aplikasi Whastapp Khamis lalu.

“ Assalamualaikum nyawa-nyawa ayah. Itu pesanan terakhir yang dia hantar kepada kami sekeluarga,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *