Viral

Jalan Jem Sampai Tak Bergerak Langsung Sebab Banjir, Sehinggalah Datang Dua Lelaki Jadi Hero

Tindakan dua lelaki dilabel ‘hero’ apabila berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat yang mengganggu aliran trafik di Jalan Genting Kelang. di sini semalam.

Sikap prihatin kedua-duanya itu ternyata mendatangkan hasil apabila memudahkan pengguna jalan raya bergerak ke destinasi masing-masing.

Menerusi satu rakaman video dimuat naik pelayar Twitter, Datininaz, memaparkan dua lelaki sedang membuka lapan penutup lubang saliran longkang bagi memudahkan kadar aliran air terus ke longkang, sekali gus mengurangkan air bertakung di atas jalan raya.

Dua ‘hero’ berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat. – Foto Twitter Datininaz

” Hujan lebat, banjir teruk kat Jalan Genting Kelang, banyak kereta sangkut, jadi ‘my boys’ turun dan tengok apa boleh buat.

” Kalau ‘korang’ macam terfikir apa yang mereka buat nak selesaikan banjir ni, ini apa yang mereka lakukan dengan membuka lapan lubang sepanjang jalan yang banjir. Tak fikir dah kotor ke jijik,” ciapnya.

Katanya, sejurus membuka lapan penutup lubang itu, keadaan banjir kilat di kawasan tersebut kembali surut seperti sedia kala.

” Banjir dan tiada, bangga dengan kamu. Jadi tolong kongsi dan tinggalkan mesej berguna untuk unsung hero ini.

” Benda senang tapi tak semua orang ada ‘sense’ macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan kenderaan mereka juga tersangkut dan mati apabila melalui jalan tersebut kerana ketinggian air pada paras 0.3 meter.

” Jujurnya, baru tahu Kuala Lumpur ini bersih, air banjir cuma ada dedaun je,” katanya dalam nada berseloroh.

Jelasnya, penutup lubang tersebut agak sempit menyebabkan tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak hingga menyebabkan aliran air tersekat.

Perkongsian video berdurasi 12 saat yang cukup bermanfaat itu mendapat 20,100 ulang kicau dan 16,100 tanda suka daripada netizen.

Pada hantaran sama, kata Idadolce, “Seronok tengok benda baik macam ini, contoh viral yang patut viral. Boleh jadi contoh kepada orang lain,” ciapnya.

” Ya ALLAH, besar sungguh pahala masing-masing. Teruskan kerja yang bagus ini. Hari ini awak mudahkan urusan orang, esok-esok ALLAH bantu urusan awak pula,” kata Fiffiiy pula.

Dalam pada itu dua individu terbabit telah menceritakan semula apa yang mereka lakukan sehingga menjadi tular di media sosial.

” Kami bertiga, saya, suami (baju hijau) dan adik (baju kelabu) sebenarnya nak ke KL tapi hujan lebat. Sampai depan Maybank tu banjir dah naik teruk sampai bas pun tenggelam jadi kami pun stuck dalam traffic jam tak bergerak”

” Kami berhenti tepi jalan nampak penutup saluran air tu menghalang air masuk. Nampak air sangat bersih dan tiada sampah. Jadi adik dan suami tanya jika mereka buka penutup itu agaknya air akan cepat surut. Depan kami dah ada 3 atau 4 kereta yang ma.ti jadi kami cuba cari penyelesaian.

” Kami cuba buka satu, terus air laju masuk. Memang laluan air cuma laluannya sempit. Alhamdulillah ramai yang buka tingkap kereta ucap terima kasih”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *